Thursday, October 14, 2010

Panduan Membeli Komputer... Apa Yang Anda Perlu Tahu

Panduan Membeli Komputer

Langkah Pertama
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli komputer, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat.
- buat pilihan sama ada untuk membeli desktop PC / notebook. Desktop PC boleh jadilebih hebat & tahan lasak tetapi notebook boleh dibawa kemana-mana sahaja.
- Tentukan berapa anggaran kos yang anda sediakan untuk membeli komputer tersebut.
- Tentukan kegunaan komputer tersebut, apakah sekadar untuk menaip & membuat kerja-kerja mudah seperti Word, Excel, PowerPoint, atau untuk bermain game yang terkini. Anda tidak perlukan komputer yang canggih jika sekadar untuk melayari Internet atau menghantar emails.
- Cari bahan rujukan (seperti majalahPC, PCWorld, PCAdvisor) untuk mendapatkan serba sedikit maklumat / pandangan sebelum membuat keputusan untuk membeli komputer idaman.
- Tanya rakan, saudara-mara atau kawan-kawan sekerja tentang komputer yang mereka pernah beli, apa kegunaannya, dimana mereka beli, dan pengalaman mereka menggunakan komputer tersebut.



Dimana nak beli
Pada masa kini terdapat banyak kedai-kedai komputer yang menjual komputer / notebook yang terkini. Pastikan anda dapatkan nasihat dan pandangan jurujual mengenai komputer yang bakal anda beli. Jika anda masih kabur tentang sesuatu perkara / fungsi yang ada pada komputer tersebut, jangan malu-malu untuk bertanya kerana anda sememangnya mempunyai hak untuk tahu fungsi komputer tersebut sebelum anda membelinya. Ada juga kedai yang menyediakan komputer / notebook contoh (display). Jadi anda boleh melihat sendiri bagaimana rupa komputer tersebut, dan anda juga boleh mencubanya terlebih dahulu.



Apa yang hendak dicari
Selalunya apabila anda membaca tentang spesifikasi komputer yang panjang berjela, mungkin anda rasa ianya tiada makna apa-apa pun jika anda memang kurang arif tentang perkakasan komputer. Ada beberapa syarikat mungkin akan mengelirukan anda dengan menyenaraikan maklumat teknikal, dengan harapan senarai yang 'canggih' tadi membawa maksud komputer itu sudah terlalu hebat. Perlu diingat, spesifikasi komputer sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa, dan keperluan anda juga menentukan saiz dan kelajuan komponen sesuai dengan anda. Berikut adalah panduan am untuk rujukan anda sebelum membeli komputer.






Desktop / notebook
Jenis yang mana anda pilih bergantung kepada keperluan anda. Desktop mungkin lebih hebat daripada notebook jika dibandingkan pada harga yang sama. Ini bermaksud jika anda membeli komputer yang berharga RM2000 sudah tentu anda boleh mendapatkan komputer desktop yang lebih canggih daripada notebook yang berharga RM2000 juga. Akan tetapi notebook mempunyai beberapa kelebihan - boleh dibawa kemana-mana dan menjimatkan ruang.






Layar (Monitor)
Amat penting untuk memerhatikan perkara ini terutama jika anda membeli komputer desktop, kerana ada sesetengah pakej yang menawarkan harga yang rendah tetapi TIDAK termasuk monitor.




Papan kekunci (keyboard) & Tetikus (mouse)
Semua komputer desktop yang baru sepatutnya didatangkan sekali dengan keyboard dan mouse. Perlu diambil perhatian, ada sesetengahnya cuma ada 2 butang (kiri & kanan) sahaja - dan terdapat roda ditengah-tengahnya untuk kegunaan tambahan. Hari ini anda boleh dapatkan keyboard dan mouse tanpa wayar. Akan tetapi jika anda ingin menggunakan mouse untuk notebook anda, maka anda harus membelinya berasingan kerana notebook itu sendiri sudah dilengkapi dengan lapisan sesentuh (touch pad).




Bekas (Casing)
Berupa kotak yang menempatkan segala komponen komputer anda didalamnya, termasuklah processor, memory (RAM) dan cakera keras (hard disk). Anda juga harus periksa berapa banyak port USB yang terdapat dibahagian hadapan & belakang casing tersebut, kerana anda perlukan satu port untuk setiap perkakasan seperti mesin pengimbas (scanner), pencetak (printer), thumbdrive dan sebagainya.






Pemproses (Processor)
Juga dinamakan 'jantung' kepada sistem komputer anda. Inilah enjin yang menjalankan komputer anda dan melakukan pelbagai proses arahan yang diberi, jadi anda perlu ianya sepantas yang mungkin. Semakin tinggi kelajuan processor (diukur dalam GHz) bermakna semakin pantas komputer anda. Beberapa contoh processor pada masa kini; Pentium, Celeron & AMD.






Memori Komputer (RAM)
Ini adalah ruangan simpanan untuk 'ingatan sementara' yang digunakan oleh komputer semasa melakukan proses pengiraan. Semakin banyak RAM yang anda miliki, semakin pantas dan cekap aturcara akan berjalan. Cari RAM sekurang-kurangnya 512MB atau 1GB.







Cakera Keras (hard drive / hard disk)
Meyimpan segala aturcara dan data-data anda. Seperti biasa, semakin besar kapasitinya, semakin baik. Sekurang-kurangnya 100GB atau lebih untuk menyimpan fail-fail muzik, permainan, movie, dan sebagainya.







Kad Grafik (Graphic Card)
Tujuannya adalah untuk mengendalikan video. Semakin hebat kad grafik bermakna semakin bagus kualiti video dan semakin selesa untuk menjalankan permainan (games).







Speaker
Untuk kegunaan komputer biasa, 2 unit speaker sudah memadai, akan tetapi untuk penggemar games mungkin memerlukan pemasangan yang lebih.







CD/DVD
Untuk memainkan fail-fail video, muzik dan menyimpan data kedalamnya. Ada yang boleh menyimpan data seperti CD Writer / DVDWriter, atau hanya sekadar untuk membaca fail dari media sahaja seperti CDROM / DVDROM.







Sistem Operasi (Operating System)
Kebanyakan komputer sekarang dilengkapi dengan sistem operasi Windows. Namun ada juga kedai-kedai komputer yang menjual satu set komputer 'clone' tanpa perisian Sistem Operasi.




Perisian (software)
Kebanyakan komputer baru sudah dilengkapi dengan perisian yang asas seperti untuk membuka fail muzik, fail video, perisian menaip dan sebagainya.






DrPC

No comments:

Post a Comment