Thursday, October 14, 2010

Komputer Diserang Virus... Apa Yang Perlu Anda Lakukan



Sama ada anda menjangkakan ada virus yang menyebabkan komputer anda berkelakuan agak ganjil/aneh, atau perisian Antivirus anda yang menemui pepijat (bug) menyelinap masuk ke dalam komputer anda secara rahsia, adalah amat sukar untuk memikirkan tentang perkara lain sehingga virus tersebut  berjaya dibuang. Oleh kerana komputer anda tidak 'sihat', maka segala maklumat, fail gambar, fail muzik, fail video, dan email anda berada dalam keadaan berisiko tinggi.



Secara teorinya, membuang/menghapuskan virus amatlah mudah; cuma jalankan sahaja perisian antivirus yang ada dalam komputer anda, ia akan mengesannya serta membuangnya. Walaupun perisian antivirus sememangnya boleh 'menangkap' dan 'membunuh' virus-virus yang ditemui dalam komputer anda (yang memasuki komputer anda melalui internet), namun terdapat juga pepijat yang mampu mengelak daripada dijumpai oleh perisian antivirus komputer anda, atas sebab-sebab tertentu. Disini kami senaraikan 3 langkah untuk anda amalkan bagi memastikan komputer anda sentiasa berada dalam keadaan tip-top, tanpa sebarang gangguan virus - walaupun sudah memasang perisian antivirus.





Langkah PERTAMA: backup, backup, backup
Jika komputer anda mengandungi fail-fail yang anda tidak mahu kehilangannya (fail TERLALU PENTING), melindungi komputer dari serangan virus adalah satu KEMESTIAN. Meskipun perisian antivirus anda mampu membuang masalah (yang disebabkan oleh virus) tanpa mengganggu kelancaran Sistem Operasi (Operating System), adalah amat sukar untuk menjangka apakah musibah yang akan komputer anda alami.



Langkah ini adalah sangat-sangat PENTING apatahlagi jika anda masih belum memasang perisian antivirus. Buat salinan data-data penting ke dalam CD, DVD, atau lain-lain media - BUKAN ke dalam komputer lain. Kebanyakan virus menular ke dokumen-dokumen dan jenis-jenis fail yang popular, ini bermakna fail anda berkemungkinan membawa virus-virus tadi ke dalam CD/DVD. Anda PERLU mengimbas (scan) CD/DVD tadi, menggunakan perisian antivirus sebelum memindahkan fail-fail tersebut ke dalam komputer anda atau memindahkannya ke komputer lain.





Langkah KEDUA: Kemaskini definisi virus anda
Ini memberi gambaran jelas, apalah gunanya ada perisian antivirus tetapi tidak dikemaskinikan (update). Pengeluar perisian antivirus menyediakan pengkalan data (database) yang besar mengenai definisi virus, yang akan memudahkan perisian antivirus anda untuk mengenalpasti pepijat-pepijat tersebut. Penulis-penulis program virus sentiasa menulis virus-virus baru (pengeluar perisian antivirus pula sentiasa sibuk mengemaskini definisi virus dari sehari ke sehari, untuk menangkap virus-virus yang baru tadi). Perisian antivirus anda sudah pun 'ketinggalan' sebaik sahaja anda memasangnya ke dalam komputer. Anda perlu mengemaskini definisi virus daripada pengeluar perisian, sebelum anda mula menjalankan proses 'mengimbas' - jika tidak, perisian antivirus anda mungkin terlepas daripada mengesan virus yang baru. Banyak aplikasi antivirus mengandungi 12bulan langganan terhadap definisi virus yang dikeluarkan oleh perngeluar perisian antivirus tersebut; jika langganan sudah tamat tempoh, perisian tersebut akan mengarahkan anda untuk membayar sejumlah wang untuk meneruskan langganan yang seterusnya.




Langkah KETIGA: Scan komputer anda
Apabila anda menjalankan proses imbasan, perisian antivirus anda mencari & membersihkan komputer anda daripada virus, berpandukan definisi virus yang terdapat dalam perisian tersebut. Anda tak perlu tunggu di depan komputer sewaktu proses imbasan dilakukan kerana ia akan mengenalpasti virus-virus dan akan memaparkan laporan sebaik sahaja proses imbasan selesai, berapa banyak virus yang berjaya dikesan & dihapuskan (delete). Ada baiknya juga anda lakukan proses imbasan secara keseluruhan komputer (full scan) mungkin seminggu sekali sudah memadai. Dan yang paling penting, anda mengimbas semua thumbdrive yang dicucuk ke komputer, sebelum digunakan. Langkah ini juga dapat mengelakkan daripada virus menjalankan fail 'Autorun.inf' yang boleh menyebarkan virus ke komputer tanpa anda sedari.




Akhir sekali, penjagaan komputer perlulah dititikberatkan (terutama untuk mengelakkan ancaman virus). Di zaman ini, komputer menjadi satu keperluan bagi setiap orang kerana dapat 'memudahkan' banyak urusan harian. Apalah nak dikirakan sangat untuk membeli perisian antivirus jika manfaatnya lebih banyak daripada dibandingkan dengan malapetaka yang mungkin tak dijangka menimpa komputer / data-data penting kita jika tidak mempunyai antivirus.






DrPC

No comments:

Post a Comment