Keselamatan komputer sudah menjadi isu yang kritikal bagi setiap syarikat di dunia. Kebolehan memantau tahap keselamatan komputer seringkali menjadi tugas yang paling mencabar. Keselamatan komputer dari segi apa yang hendak dipantau? Adakah anda dikira menyalahi undang-undang syarikat? Adakah anda ingin melihat paparan desktop pekerja-pekerja syarikat? Perlukah anda menjalankan perisian keylogger (mencatat setiap kekunci yang ditekan)? Ini semua, dan banyak lagi isu-isu yang terlalu rumit dalam sesebuah organisasi.
Apa yang menariknya, jika anda ingin menyelesaikan masalah ini, ada alat (perisian) yang boleh menanganinya. Pemantau Keselamatan Kotakhitam (Blackbox Security Monitor) - perisian pemantau yang PERCUMA yang boleh berkhidmat seperti "anjing pengawal" yang mengawasi rangkaian anda, melaporkan, memantau, sentiasa berwaspada dan memberi amaran kepada pentadbir (administrator) mengenai aktiviti-aktiviti tertentu - dalam erti kata lain, menjaga keselamatan komputer anda.
Keperluan Sistem
Produk : Blackbox Security Monitor
Pengeluar : ASM Software
Sistem Operasi : Windows 2000, XP, Vista, 7, Windows Server 2008, 2008 R2, 2003, 2000
Resolusi Skrin : 1280x800 atau lebih tinggi
Ruang Cakera Diperlukan : minimum 40MB, dicadangkan 1GB untuk setiap komputer yang hendak dipantau
Kos : PERCUMA
Siapa yang memerlukannya?
Pemantau Keselematan Kotakhitam (Blackbox Security Monitor) adalah sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengawasi maklumat/status asas bagi setiap komputer dalam rangkaian atau mengawasi aktiviti-aktiviti komputer lain yang mungkin menyalahi polisi / etika syarikat. Jika anda ingin memantau aktviti web komputer pengguna dalam rangkaian, applikasi apa yang sedang digunakan, apa yang dicari oleh pengguna komputer tersebut, perisian ini adalah terbaik untuk anda.
Penyelesaian masalah apakah yang dapat dilakukan?
Dengan Blackbox Security Monitor, memudahkan tugasan yang mencabar dalam memantau aktiviti-aktiviti komputer lain dalam rangkaian. Secara tidak langsung, menjadikan keselamatan komputer sebagai satu keutamaan. Dimana dengan perisian ini anda dapat "melihat apa sahaja" yang dilakukan oleh mana-mana komputer - selagi anda memasukkan komputer tersebut dalam pengawasan.
Kelebihan Perisian keselamatan komputer ini :
-> Memantau setiap program yang dijalankan
-> Memantau semua laman web & carian
-> Memantau jangkamasa penggunaan komputer
-> Memantau semua email yang dihantar / diterima (Hotmail, Yahoo, Gmail, AOL, dan lain-lain lagi)
-> Memantau kekunci yang ditekan
-> Menangkap "contoh" skrin
-> Memantau semua trafik rangkaian
-> Menyusun kewaspadaan & amaran (diterima serta-merta atau melalui ringkasan harian)
Kelemahan Perisian keselamatan komputer ini :
Masalah terbesar yang dikaitkan dengan perisian ini, bukan perisian itu sendiri, tetapi kebebasan peribadi pengguna komputer itu sendiri. Memandangkan keselamatan komputer syarikat menjadi keutamaan, perisian ini adalah sesuai untuk mengawasi pekerja yang dirasakan curiga, yang berkemungkinan akan membahayakan polisi syarikat. Memantau komputer pekerja tanpa polisi boleh mendatangkan bahaya pada syarikat. Jadi, gunakan perisian keselamatan komputer ini dengan bijak & berwaspada.
DrPC |