Monday, November 22, 2010

PetuaKomputer : 10 Gadjet Yang Menarik Untuk Windows7

1. All CPU Meter


2. Windows Orb Clock


3. Clipboard Manager


4. Facebook Explorer


5. Ultimate Explorer
 


6. App Launcher


7. MiniTV

8. Traffic by Bing Maps


9. Magic Folder


10. Open/Close DVD



- DrPC -

PetuaKomputer : Imbas Fail Sistem Windows 7 Untuk Membaiki Ralat

Agak memeningkan kepala bila setiap kali fail sistem Microsoft Windows menjadi "corrupted" dan memaparkan mesej ralat. Penyelesaian kepada masalah yang amat menggangu ini, tetapi boleh diatasi, adalah dengan membaiki fail-fail sistemnya. 

Pertama sekali, anda hendaklah mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan arahan command prompt. Taip arahan pada kotak Desktop Search & klik kanan pada menu Command Prompt dan pilih Run as administrator (rujuk gambar dibawah).


Selepas mendapatkan kebenaran, taip arahan di bawah 

sfc / scannow
 


Sekarang, komputer akan menguji  fail sistem dan membaiki fail yang rosak.

Sistem saya tidak menunjukkan sebarang masalah (gambar dibawah), tetapi jika sistem dapat mengesan sebarang masalah, ia sepatutnya akan membaiki fail tersebut tanpa perlu menyuruh anda restart komputer anda.





- DrPC -

Monday, October 18, 2010

Keselamatan Komputer : Pemantau Keselamatan Kotakhitam


Keselamatan komputer sudah menjadi isu yang kritikal bagi setiap syarikat di dunia. Kebolehan memantau tahap keselamatan komputer seringkali menjadi tugas yang paling mencabar. Keselamatan komputer dari segi apa yang hendak dipantau? Adakah anda dikira menyalahi undang-undang syarikat? Adakah anda ingin melihat paparan desktop pekerja-pekerja syarikat? Perlukah anda menjalankan perisian keylogger (mencatat setiap kekunci yang ditekan)? Ini semua, dan banyak lagi isu-isu yang terlalu rumit dalam sesebuah organisasi.

Apa yang menariknya, jika anda ingin menyelesaikan masalah ini, ada alat (perisian) yang boleh menanganinya. Pemantau Keselamatan Kotakhitam (Blackbox Security Monitor) - perisian pemantau yang PERCUMA yang boleh berkhidmat seperti "anjing pengawal" yang mengawasi rangkaian anda, melaporkan, memantau, sentiasa berwaspada dan memberi amaran kepada pentadbir (administrator) mengenai aktiviti-aktiviti tertentu - dalam erti kata lain, menjaga keselamatan komputer anda.

Keperluan Sistem
Produk : Blackbox Security Monitor
Pengeluar : ASM Software
Sistem Operasi : Windows 2000, XP, Vista, 7, Windows Server 2008, 2008 R2, 2003, 2000
Resolusi Skrin : 1280x800 atau lebih tinggi
Ruang Cakera Diperlukan : minimum 40MB, dicadangkan 1GB untuk setiap komputer yang hendak dipantau
Kos : PERCUMA


Siapa yang memerlukannya?
Pemantau Keselematan Kotakhitam (Blackbox Security Monitor) adalah sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengawasi maklumat/status asas bagi setiap komputer dalam rangkaian atau mengawasi aktiviti-aktiviti komputer lain yang mungkin menyalahi polisi / etika syarikat. Jika anda ingin memantau aktviti web komputer pengguna dalam rangkaian, applikasi apa yang sedang digunakan, apa yang dicari oleh pengguna komputer tersebut, perisian ini adalah terbaik untuk anda.


Penyelesaian masalah apakah yang dapat dilakukan?
Dengan Blackbox Security Monitor, memudahkan tugasan yang mencabar dalam memantau aktiviti-aktiviti komputer lain dalam rangkaian. Secara tidak langsung, menjadikan keselamatan komputer sebagai satu keutamaan. Dimana dengan perisian ini anda dapat "melihat apa sahaja" yang dilakukan oleh mana-mana komputer - selagi anda memasukkan komputer tersebut dalam pengawasan.


Kelebihan Perisian keselamatan komputer ini :
-> Memantau setiap program yang dijalankan
-> Memantau semua laman web & carian
-> Memantau jangkamasa penggunaan komputer
-> Memantau semua email yang dihantar / diterima (Hotmail, Yahoo, Gmail, AOL, dan lain-lain lagi)
-> Memantau kekunci yang ditekan
-> Menangkap "contoh" skrin
-> Memantau semua trafik rangkaian
-> Menyusun kewaspadaan & amaran (diterima serta-merta atau melalui ringkasan harian)

Kelemahan Perisian keselamatan komputer ini :
Masalah terbesar yang dikaitkan dengan perisian ini, bukan perisian itu sendiri, tetapi kebebasan peribadi pengguna komputer itu sendiri. Memandangkan keselamatan komputer syarikat menjadi keutamaan, perisian ini adalah sesuai untuk mengawasi pekerja yang dirasakan curiga, yang berkemungkinan akan membahayakan polisi syarikat. Memantau komputer pekerja tanpa polisi boleh mendatangkan bahaya pada syarikat. Jadi, gunakan perisian keselamatan komputer ini dengan bijak & berwaspada.






DrPC

Thursday, October 14, 2010

Panduan Membeli Komputer... Apa Yang Anda Perlu Tahu

Panduan Membeli Komputer

Langkah Pertama
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli komputer, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat.
- buat pilihan sama ada untuk membeli desktop PC / notebook. Desktop PC boleh jadilebih hebat & tahan lasak tetapi notebook boleh dibawa kemana-mana sahaja.
- Tentukan berapa anggaran kos yang anda sediakan untuk membeli komputer tersebut.
- Tentukan kegunaan komputer tersebut, apakah sekadar untuk menaip & membuat kerja-kerja mudah seperti Word, Excel, PowerPoint, atau untuk bermain game yang terkini. Anda tidak perlukan komputer yang canggih jika sekadar untuk melayari Internet atau menghantar emails.
- Cari bahan rujukan (seperti majalahPC, PCWorld, PCAdvisor) untuk mendapatkan serba sedikit maklumat / pandangan sebelum membuat keputusan untuk membeli komputer idaman.
- Tanya rakan, saudara-mara atau kawan-kawan sekerja tentang komputer yang mereka pernah beli, apa kegunaannya, dimana mereka beli, dan pengalaman mereka menggunakan komputer tersebut.



Dimana nak beli
Pada masa kini terdapat banyak kedai-kedai komputer yang menjual komputer / notebook yang terkini. Pastikan anda dapatkan nasihat dan pandangan jurujual mengenai komputer yang bakal anda beli. Jika anda masih kabur tentang sesuatu perkara / fungsi yang ada pada komputer tersebut, jangan malu-malu untuk bertanya kerana anda sememangnya mempunyai hak untuk tahu fungsi komputer tersebut sebelum anda membelinya. Ada juga kedai yang menyediakan komputer / notebook contoh (display). Jadi anda boleh melihat sendiri bagaimana rupa komputer tersebut, dan anda juga boleh mencubanya terlebih dahulu.



Apa yang hendak dicari
Selalunya apabila anda membaca tentang spesifikasi komputer yang panjang berjela, mungkin anda rasa ianya tiada makna apa-apa pun jika anda memang kurang arif tentang perkakasan komputer. Ada beberapa syarikat mungkin akan mengelirukan anda dengan menyenaraikan maklumat teknikal, dengan harapan senarai yang 'canggih' tadi membawa maksud komputer itu sudah terlalu hebat. Perlu diingat, spesifikasi komputer sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa, dan keperluan anda juga menentukan saiz dan kelajuan komponen sesuai dengan anda. Berikut adalah panduan am untuk rujukan anda sebelum membeli komputer.






Desktop / notebook
Jenis yang mana anda pilih bergantung kepada keperluan anda. Desktop mungkin lebih hebat daripada notebook jika dibandingkan pada harga yang sama. Ini bermaksud jika anda membeli komputer yang berharga RM2000 sudah tentu anda boleh mendapatkan komputer desktop yang lebih canggih daripada notebook yang berharga RM2000 juga. Akan tetapi notebook mempunyai beberapa kelebihan - boleh dibawa kemana-mana dan menjimatkan ruang.






Layar (Monitor)
Amat penting untuk memerhatikan perkara ini terutama jika anda membeli komputer desktop, kerana ada sesetengah pakej yang menawarkan harga yang rendah tetapi TIDAK termasuk monitor.




Papan kekunci (keyboard) & Tetikus (mouse)
Semua komputer desktop yang baru sepatutnya didatangkan sekali dengan keyboard dan mouse. Perlu diambil perhatian, ada sesetengahnya cuma ada 2 butang (kiri & kanan) sahaja - dan terdapat roda ditengah-tengahnya untuk kegunaan tambahan. Hari ini anda boleh dapatkan keyboard dan mouse tanpa wayar. Akan tetapi jika anda ingin menggunakan mouse untuk notebook anda, maka anda harus membelinya berasingan kerana notebook itu sendiri sudah dilengkapi dengan lapisan sesentuh (touch pad).




Bekas (Casing)
Berupa kotak yang menempatkan segala komponen komputer anda didalamnya, termasuklah processor, memory (RAM) dan cakera keras (hard disk). Anda juga harus periksa berapa banyak port USB yang terdapat dibahagian hadapan & belakang casing tersebut, kerana anda perlukan satu port untuk setiap perkakasan seperti mesin pengimbas (scanner), pencetak (printer), thumbdrive dan sebagainya.






Pemproses (Processor)
Juga dinamakan 'jantung' kepada sistem komputer anda. Inilah enjin yang menjalankan komputer anda dan melakukan pelbagai proses arahan yang diberi, jadi anda perlu ianya sepantas yang mungkin. Semakin tinggi kelajuan processor (diukur dalam GHz) bermakna semakin pantas komputer anda. Beberapa contoh processor pada masa kini; Pentium, Celeron & AMD.






Memori Komputer (RAM)
Ini adalah ruangan simpanan untuk 'ingatan sementara' yang digunakan oleh komputer semasa melakukan proses pengiraan. Semakin banyak RAM yang anda miliki, semakin pantas dan cekap aturcara akan berjalan. Cari RAM sekurang-kurangnya 512MB atau 1GB.







Cakera Keras (hard drive / hard disk)
Meyimpan segala aturcara dan data-data anda. Seperti biasa, semakin besar kapasitinya, semakin baik. Sekurang-kurangnya 100GB atau lebih untuk menyimpan fail-fail muzik, permainan, movie, dan sebagainya.







Kad Grafik (Graphic Card)
Tujuannya adalah untuk mengendalikan video. Semakin hebat kad grafik bermakna semakin bagus kualiti video dan semakin selesa untuk menjalankan permainan (games).







Speaker
Untuk kegunaan komputer biasa, 2 unit speaker sudah memadai, akan tetapi untuk penggemar games mungkin memerlukan pemasangan yang lebih.







CD/DVD
Untuk memainkan fail-fail video, muzik dan menyimpan data kedalamnya. Ada yang boleh menyimpan data seperti CD Writer / DVDWriter, atau hanya sekadar untuk membaca fail dari media sahaja seperti CDROM / DVDROM.







Sistem Operasi (Operating System)
Kebanyakan komputer sekarang dilengkapi dengan sistem operasi Windows. Namun ada juga kedai-kedai komputer yang menjual satu set komputer 'clone' tanpa perisian Sistem Operasi.




Perisian (software)
Kebanyakan komputer baru sudah dilengkapi dengan perisian yang asas seperti untuk membuka fail muzik, fail video, perisian menaip dan sebagainya.






DrPC

Komputer Bermasalah... ApaYang Perlu Diperiksa

Walaupun senarai perkara-perkara yang perlu diperiksa tidak dapat 'menangkap' masalah komputer yang anda alami, anda mungkin akan terkejut dimana seringkali beberapa langkah yang mudah (dibawah) mampu untuk menyelesaikan masalah komputer anda. Sama ada anda cuba mengelak daripada 'sessi troubleshooting' atau mungkin mengikut saja kepakaran anda, disini disertakan beberapa petua untuk dicuba.




Adakah bekalan kuasa (power supply) komputer anda dihidupkan?
Ada beberapa komputer yang mempunyai suis bekalan kuasa di bahagian belakang. Pastikan ianya TIDAK ditutup.







Adakah semua wayar/kabel sudah bersambung?
Sambungan wayar/kabel yang longgar selalu menyakitkan kepala. Cuba cabut & pasangkan semula wayar/kabel dengan ketat, walaupun anda yakin ianya sudah bersambung dengan baik. 





Adakah semua peralatan sudah dipasang?
Pastikan pencetak (printer) yang tidak dihidupkan (off) tidak menjadi halangan komputer anda tidak boleh mencetak. Kadangkala kita menyangka komputer kita yang ada masalah yang menyebabkan tak boleh print/scan, tetapi cuba periksa semula adakah printer/scanner sudah dihidupkan.





Adakah Device Manager memaparkan sebarang masalah?
Periksa perkakas (hardware) yang bertanda X atau yang ada tanda "?" dalam Device Manager, yang mana ianya menunjukkan perkakas tersebut bermasalah / tidak ditutup (disable) fungsinya.





Apakah terdapat driver yang baru?
Selalunya banyak masalah komputer yang berkaitan perkakas (hardware) dapat diselesaikan dengan mengemaskini driver perkakas tersebut (update driver melalui Internet). Jika anda tidak jumpa laman web pembekal perkakasan tersebut, cuba pasang semula (reinstall driver) yang ada dalam komputer anda.





Sudahkah anda memasang kemaskini perisian (software update)?
Pengeluar perisian selalunya mengumumkan 'tampalan' (patches) untuk perisian tersebut di laman web mereka. Juga, periksa sama ada perisian baru dipasang tersebut sudah memuatturun (download) update secara automatik. Untuk kes-kes yang jarang didengar, pengemaskinian perisian (software update) boleh mendatangkan masalah pada komputer.






DrPC

Komputer Diserang Virus... Apa Yang Perlu Anda Lakukan



Sama ada anda menjangkakan ada virus yang menyebabkan komputer anda berkelakuan agak ganjil/aneh, atau perisian Antivirus anda yang menemui pepijat (bug) menyelinap masuk ke dalam komputer anda secara rahsia, adalah amat sukar untuk memikirkan tentang perkara lain sehingga virus tersebut  berjaya dibuang. Oleh kerana komputer anda tidak 'sihat', maka segala maklumat, fail gambar, fail muzik, fail video, dan email anda berada dalam keadaan berisiko tinggi.



Secara teorinya, membuang/menghapuskan virus amatlah mudah; cuma jalankan sahaja perisian antivirus yang ada dalam komputer anda, ia akan mengesannya serta membuangnya. Walaupun perisian antivirus sememangnya boleh 'menangkap' dan 'membunuh' virus-virus yang ditemui dalam komputer anda (yang memasuki komputer anda melalui internet), namun terdapat juga pepijat yang mampu mengelak daripada dijumpai oleh perisian antivirus komputer anda, atas sebab-sebab tertentu. Disini kami senaraikan 3 langkah untuk anda amalkan bagi memastikan komputer anda sentiasa berada dalam keadaan tip-top, tanpa sebarang gangguan virus - walaupun sudah memasang perisian antivirus.





Langkah PERTAMA: backup, backup, backup
Jika komputer anda mengandungi fail-fail yang anda tidak mahu kehilangannya (fail TERLALU PENTING), melindungi komputer dari serangan virus adalah satu KEMESTIAN. Meskipun perisian antivirus anda mampu membuang masalah (yang disebabkan oleh virus) tanpa mengganggu kelancaran Sistem Operasi (Operating System), adalah amat sukar untuk menjangka apakah musibah yang akan komputer anda alami.



Langkah ini adalah sangat-sangat PENTING apatahlagi jika anda masih belum memasang perisian antivirus. Buat salinan data-data penting ke dalam CD, DVD, atau lain-lain media - BUKAN ke dalam komputer lain. Kebanyakan virus menular ke dokumen-dokumen dan jenis-jenis fail yang popular, ini bermakna fail anda berkemungkinan membawa virus-virus tadi ke dalam CD/DVD. Anda PERLU mengimbas (scan) CD/DVD tadi, menggunakan perisian antivirus sebelum memindahkan fail-fail tersebut ke dalam komputer anda atau memindahkannya ke komputer lain.





Langkah KEDUA: Kemaskini definisi virus anda
Ini memberi gambaran jelas, apalah gunanya ada perisian antivirus tetapi tidak dikemaskinikan (update). Pengeluar perisian antivirus menyediakan pengkalan data (database) yang besar mengenai definisi virus, yang akan memudahkan perisian antivirus anda untuk mengenalpasti pepijat-pepijat tersebut. Penulis-penulis program virus sentiasa menulis virus-virus baru (pengeluar perisian antivirus pula sentiasa sibuk mengemaskini definisi virus dari sehari ke sehari, untuk menangkap virus-virus yang baru tadi). Perisian antivirus anda sudah pun 'ketinggalan' sebaik sahaja anda memasangnya ke dalam komputer. Anda perlu mengemaskini definisi virus daripada pengeluar perisian, sebelum anda mula menjalankan proses 'mengimbas' - jika tidak, perisian antivirus anda mungkin terlepas daripada mengesan virus yang baru. Banyak aplikasi antivirus mengandungi 12bulan langganan terhadap definisi virus yang dikeluarkan oleh perngeluar perisian antivirus tersebut; jika langganan sudah tamat tempoh, perisian tersebut akan mengarahkan anda untuk membayar sejumlah wang untuk meneruskan langganan yang seterusnya.




Langkah KETIGA: Scan komputer anda
Apabila anda menjalankan proses imbasan, perisian antivirus anda mencari & membersihkan komputer anda daripada virus, berpandukan definisi virus yang terdapat dalam perisian tersebut. Anda tak perlu tunggu di depan komputer sewaktu proses imbasan dilakukan kerana ia akan mengenalpasti virus-virus dan akan memaparkan laporan sebaik sahaja proses imbasan selesai, berapa banyak virus yang berjaya dikesan & dihapuskan (delete). Ada baiknya juga anda lakukan proses imbasan secara keseluruhan komputer (full scan) mungkin seminggu sekali sudah memadai. Dan yang paling penting, anda mengimbas semua thumbdrive yang dicucuk ke komputer, sebelum digunakan. Langkah ini juga dapat mengelakkan daripada virus menjalankan fail 'Autorun.inf' yang boleh menyebarkan virus ke komputer tanpa anda sedari.




Akhir sekali, penjagaan komputer perlulah dititikberatkan (terutama untuk mengelakkan ancaman virus). Di zaman ini, komputer menjadi satu keperluan bagi setiap orang kerana dapat 'memudahkan' banyak urusan harian. Apalah nak dikirakan sangat untuk membeli perisian antivirus jika manfaatnya lebih banyak daripada dibandingkan dengan malapetaka yang mungkin tak dijangka menimpa komputer / data-data penting kita jika tidak mempunyai antivirus.






DrPC